APA ITU BUDAYA
Budaya adalah amalan atau corak hidup sesebuah masyarakat yang tinggal di suatu lokasi yang sama.Setiap kelompok masyarakat mempunyai cara atau amalan hidup masing-masing.Contohnya masyarakat melayu mengamalkan budaya membuka kasut sebelum masuk ke dalam rumah. Berlainan pula dengan masyarakat barat yang melakukan sebaliknya.
Budaya merupakan pegangan sesebuah masyarakat dalam kehidupan dan ini yang membezakan perbezaan dengan masyarakat yang lain.Budaya masyarakat biasanya di pengaruhi oleh persekitaran dan kini terdapat juga pembentukan budaya baru di dalam sesebuah masyarakat yang di pengaruhi oleh media.Seseorang individu haruslah menghormati budaya orang lain bagi mengelak masalah perkauman berlaku. Hal ini berlaku di sebabkan masyarakat taksub dengan budaya masing - masaing.
APA ITU MASYARAKAT
Masyarakat adalah sekelompok manusia yang tinggal di suatu lokasi, mengamalkan norma - norma tertentu dan mempunyai jaringan komunikasi.Masyarakat di suatu kawasan berbeza dengan masyarakat di tempat lain krana setiap masyarakat mempunyai budaya masing - masing yag akan dianggap unik oleh masyarakat lain.
Beberapa ciri masyarakat:
* Berkelompok
* Berbudaya
* Saling berkomunikasi
* Mempunyai organisasi
* Mempunyai kelas sosial
Kesimpulannya, budaya dan masyarakat mempunyai jalinan yang tak dapat dipisahkan, kerana setiap budaya melambangkan sesebuah masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan