Halaman

Khamis, 21 Oktober 2010

Media mempengaruhi?Berikan contoh berdasarkan pengalaman peribadi dan contoh literature

Media merupakn medium ataupun alat yang menjadi saluran untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Perkataan media berasal darpipada perkataan latin iaitu 'medius' yang bermaksud tengah.

Sememangnya media mempunyai pengaruh yang sangat besar dikalangan masyarakat pada hari ini. Hal ini kerana, penguasaan media kini ke atas masyrakat dapat kita lihat daripada pelbagai aspek kehidupan seharian kita. Media amat mempengaruhi masyarakat tidak mengikut latar belakang mereka dan ia merangkumi semua komuniti. Oleh itu, jika merujuk kepada diri saya, kehidupan saya juga amat dipengaruhi oleh media. Sebagai contoh, dari segi hiburan, saya gemar memuat turun lagu-lagu daripada internet sama ada ianya lagu yang berasal dari negara sendiri ataupun lagu artis-artis antarabangsa. Selain itu juga, melalui cara pemakain juga, saya juga memakai pakaian mengikut tren masa kini yang selalunya diperlihatkan di dalam media seperti televisyen, majalah, dan juga internet. Ini menunjukkan yang saya amat mengikuti perkembangan semasa emlalui pekembangan yang disampaikan oleh media. Selain itu juga, media juga amat mempengaruhi saya dari segi pemikiran dan juga tingkah laku saya, hal ini dapat dilihat melalui pandangan saya mengenai sesuatu isu yang telah diuar-uarkan oleh media, namun ia bergantung dengan sejauh mana maklumat yang disampaikan oleh media itu dapat menarik minat saya.

Secara telusnya bahawa hidup saya tidak dapat dipisahkan dengan media yang mana banyak memberi kesan yang cukup besar dalam diri saya. Bagaimana saya katakan yabg saya tidak dapat terpisah daripada media ialah, jika hidup saya tidak terlibat dengn media, maka saya akan ketinggalan zaman, dan hidup dalam keadaan mundur dan tidak berlaku sebarabg perubahan. Oleh itu, bagi say betapa pentingnya media dalam kehidupan saya di sebabkan peranannya membawa kemajuan dalam hidup saya.

Seterusnya, pengaruh media juga ada dijelaskan oleh para sarjana mengenai pengaruh media keatas masyarakat. Seperti yang kita tahu, selepas berlakunya perang dunia kedua, kajian komunikasi telah bermula namun komunikasai pada waktu itu digunakan untuk menyebarkan propoganda. Oleh itu, hal ini merujuk bahawa media pada itu di gunakan sebagai saluran untuk menyebarkan propoganda kepada masyarakat. Menurut Merton(1946), perkara ini berlaku keran pada masa itu usaha untuk menukarkan fikiran orang ramai yang dilakukan oleh musuh dianggap sebagai propoganda dan usaha menyampaikan utusanpula dikatakan sebagai komunikasi. Namun orang ramai telah didedahkan kepada kekuatan kepada konsep kekuatan utusan dan media melalui satu model yang diberikan oleh Laswell iaitu kajian komun ikasi diibaratkan sebagai "who say, what to whom in what channel with what effect". Pada waktu itu, masyarakat amay terpengaruh dengan media yang dikeluarkan oleh pihak pemerintah mereka dan sangat menolak propoganda yang disam[aikan oleh pihak musuh. Oleh itu ini menunjukkan bahawa media amat mempengaruhi mastarakat pada waktu itu dan sehinggalah pada masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan