Halaman

Jumaat, 15 Oktober 2010

Keberkesanan Media Lama dengan Media Baru

Kata media berasal dari bahasa latin Medius yang secara harfiyah berarti “tengah”, perantara atau pengantar. Dalam bahasa Arab, media adalah perantara atau pengantar pesan dari pengirim kepada penerima pesan. Sementara Syaiful Bahri Djamarah dan Aswan Zein menuliskan bahwa media berasal dari bahasa latin dan merupakan bentuk jamak dari kata “Medium” yang secara harfiyah berarti perantara atau pengantar. Dengan demikian dapat dipahami bahwa media merupakan wahana penyalur informasi belajar atau penyalur pesan.
Perkembangan teknologi sekarang telah menyebabkan wujudnya pelbagai jenis media baru yang penggunaannya semakin mendapat tempat di hati masyarakat di seluruh dunia.Perkembangan ini,membolehkan kita untuk mengkelaskan jenis media yang terdapat pada masa kini,iaitu media lama dan media baru.
Media lama sebenarnya merangkumi semua jenis media yang wujud sebelum perkembangan teknologi canggih yang semakin pesat berkembang.Media lama dikenali media yang mengandungi unsur-unsur traditional dimana penggunaannya tidak menggunakan internet untuk mendapatkannya.Media lama ini mudah diperolehi kerana mendapat sambutan yang menggalakan dari setiap lapisan masyarakat.Antara contoh media lama ialah seperti surat khabar,majalah,mahupun televisyen.Selain itu penggunaan media lama lebih baik kerana kos untuk mendapatkannya lebih murah dan boleh di dapati dimana sahaja,disamping mudah untuk dibawa dan dibaca.
Media baru pula ialah sejenis media yang menggunakan aplikasi teknologi canggih dan capaian internet untuk mengaksesnya.Contoh media baru ialah kemudahan berita online.kemudahan ini dikatakan sebagai media baru kerana pada sebelum ini kemudahan ini tidak didapati dan hanya media lama yang dignakan untuk menyampaikan maklumat.
Dengan adanya media baru ini,maka ia akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat dengan lebih cepat dan mudah.Hal ini adalah kerana pembaca atau pengguna media baru ini hanya perlu mengakses internet untuk mendapatkanya,tanpa perlu keluar untuk membeli akhbar yang terdapat dipasaran.Penggunaan media baru ini dapat memuatkan pelbagai jenis maklumat yang berguna kepada masyarakat tidak kira peringkat umur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan